Putera Kapal Karam: Kisah Penerimaan dan Perpaduan mengisahkan seorang putera asing yang terdampar di Borneo selepas kapalnya musnah dilanda badai. Pertemuannya dengan masyarakat Murut membawa kepada persahabatan bersama Aru dan Lina, yang mengajar erti kepercayaan, penerimaan dan perpaduan.
Melalui cabaran alam dan perbezaan budaya, mereka membuktikan bahawa kekuatan sejati lahir daripada kebersamaan. Disokong teknologi Realiti Terimbuh (AR), kisah ini menghidupkan budaya Murut secara interaktif dan imersif, menjadikan pembacaan satu pengalaman yang bermakna.